Mangga ad

Logo Berita A.Z. 3D

Logo Berita A.Z. 3D
Pasti Best

Test Q.I.T

cartoon from www.weblogcartoons.com

Cartoon by Dave Walker. Find more cartoons you can freely re-use on your blog at We Blog Cartoons.

cartoon from www.weblogcartoons.com

Cartoon by Dave Walker. Find more cartoons you can freely re-use on your blog at We Blog Cartoons.

cartoon from www.weblogcartoons.com

Cartoon by Dave Walker. Find more cartoons you can freely re-use on your blog at We Blog Cartoons.

Gambar.com

9:54 PM

Blogger Logo.

ini lah dia

6:57 PM

lepasan spm

siapa lepasan spm klik lah dibawah vote itu

4:41 AM

SEJARAH MUNGKIN BERULANG ?

4:39 AM

KAFA BAKAL MEMPERKENALKAN SIMKAD DAN PHONE THE RED WARRIORS

Ilustrasi penulis semata mata

KAFA bakal mengorak selangkah lagi dengan memperkenalkan handphone dan simkad berjenama “the red warriors”.Perkara ini diumumkan sendiri oleh tan sri annuar musa di laman facebooknya.

Beliau juga berkata akan menjadikan musim ini penuh dengan tarikan bola sepak, majukan bola sepak kelantan, dan  merakyatkan bola sepak kelantan dimana semua bersatu dan meneraju persada bola sepak malaysia.Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkan tentang handphone dan simkad jenama The Red Warriors ini pada 23hb Januari 2011.

4:16 AM

PIALA SUMBANGSIH 2011 – SELANGOR vs KELANTAN

Ayuh sama sama kita memeriahkan liga malaysia dengan berkunjung ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih di antara pasukan Selangor menentang pasukan Kelantan.


Bagi yang tidak dapat hadir ke stadium anda jangan bimbang kerana RTM dan ASTRO ARENA akan menyiarkan siaran secara langsung perlawanan Piala Sumbangsih 2011 pada malam ini.
Terima Kasih

9:10 PM

kejahilan umno

8:24 PM

Kawal internet: Balas dendam kepada rakyat Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Jan: PAS berpendapat cadangan pindaan memperluaskan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kepada internet sebagai cubaan membalas dendam kerajaan Umno BN kepada rakyat.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata tindakan itu dibuat ekoran rakyat telah menolak media konvensional berat sebelah Umno yang telah membawa kepada tsunami politik pada Pilihan Raya Umum 2008.

"Ini adalah tindakan membalas dendam kepada rakyat yang menolak media umno yang sarat dengan fitnah dan propaganda umno semata," katanya.

Menurutnya, laporan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC) antara tahun 2005 hingga 2009 melaporkan penurunan pengeluaran akhbar The Star daripada 310,000 kepada 287,000, New Straits Times daripada 139,000 kepada  111,000, Utusan Malaysia daripada  213,000 kepada 169,000 dan Berita Harian daripada 204,000 kepada 155,000.

"Syarikat ini hanya boleh bertahan kerana mendapat sokongan dan tajaan Umno sahaja. Jikalau BN tidak berkuasa di negara ini, maka syarikat ini akan berkubur," tambahnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mahu membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Pindaan tersebut katanya akan dibentangkan pada persidangan dewan rakyat Mac depan.

Ujar Idris lagi, PAS berpendapat tindakan tersebut adalah untuk memaksa rakyat supaya menerima berita yang datang daripada satu saluran sahaja.

Tindakan itu katanya suatu tindakan terkebelakang, bertentangan dengan slogan Perdana Menteri yang bercakap mengenai taransformasi dan perubahan.

"Tindakan untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat ibarat menyekat air yang laju.

"Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib jangan paksa rakyat untuk menerima satu maklumat sahaja. Pepatah Arab ada menyebut 'kamu boleh paksa unta pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa minum air'," katanya.

8:22 PM

Bukan PAS, tapi mahkamah sahkan calon BN salah

LABIS, 27 Jan: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim hakikatnya telah disahkan bersalah oleh mahkamah kerana melelong tanah secara tidak sah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Melelong tanah secara tidak sah bukan sahaja tidak mengikut prosedur malah adalah satu kesalahan dan oleh sebab itulah Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.

"Jika tindakan melelong itu sah, mengikut prosedur dan bukan satu kesalahan, mahkamah tidak akan memerintahkan tanah itu dikembalikan," katanya.

Mahfuz menyeru rakyat Tenang menolak Mohd Azahar yang telah disahkan melakukan kesalahan oleh mahkamah dan memilih calon PAS, Normala Sudirman.

"Normala bukan sahaja bersih dari tuduhan penyalahgunaan kuasa seperti yang sedang dihadapi oleh Mohd Azahar malah calon PAS di Tenang itu pernah diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran," katanya.

Mohd Azahar kini adalah defendan pertama dalam tuntutan saman Norhana Mohd Ali yang telah terpedaya membeli tanah Mansor yang dilelong secara tidak sah itu.

"Akibat penglibatan Mohd Azahar melelong tanah dengan cara yang didapati salah oleh mahkamah itu, kerajaan dan rakyat kini menghadapi risiko menanggung kerugian kira-kira RM1.5 juta," kata Mahfuz.

Norhana menuntut gantirugi berjumlah kira-kira 1.5 juta dan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana ke atas calon BN di Tenang itu dan tiga yang lain pada 7 Februari 2011 ini.

"Dari segi integriti, Mohd Azahar hakikatnya tidak ada integriti kerana beliau sebelum ini mendakwa apa yang dilakukannya mengikut adalah prosedur dan kes lelongan tanah itu telah selesai.

"Kalau mengikut prosedur, mengapa mahkamah mengesahkan kesalahan beliau terlibat dalam lelongan tanah secata tidak sah dan jika selesai, mengapa pula ada tuntutan berkaitan tanah itu yang akan didengari mahkamah pada 7 Februari ini?" Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan.

Kalau sebagai pentadbir tanah pun beliau telah menghadapi tuduhan menyalahgunakan kuasa dan disahkan pula oleh mahkamah melakukan kesalahan, Mahfuz mengingatkan para pengundi di Tenang tentang kemungkinan bahaya lebih buruk yang akan dihadapi oleh rakyat dan kerajaan jika Mohd Azahar mendapat kuasa lebih besar hasil kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Dengan kuasa hanya sebagai pentadbir tanah sahaja Mohd Azahar bukan sahaja telah memburukkan imej kerajaan malah mengakibatkan rakyat dan kerajaan menanggung risiko kerugian kira-kira RM1.5 juta, bayangkan kalau beliau mendapat kuasa lebih besar jika beliau menang pilihan raya kecil Tenang," beliau mengingatkan.

5:37 AM

Takdir ALLAH YANG MAHA ESA'.. '


5:33 AM

Expo Cheng Ho '.. '





Baru baru ini ExPO cheng HO di KB.Dengan kehadiran shao lin,adili.dan sebagainya.

11:30 PM

www.toonbo.com

10:50 PM

Pengundi Tenang diajak tinggalkan Umno BN

WARTAWAN:Rizal Tahir   

KOTA BHARU, 20 Jan: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengajak pengundi Tenang meninggalkan Umno dan BN pada pilihan raya kecil Dun itu 30 Januari ini.
Menurutnya, walaupun Johor adalah kubu Umno, namun tidak bererti perubahan tidak boleh dilakukan demi untuk perjuangan Islam.
Katanya, sewaktu PAS bergabung dengan Umno lagi negeri itu telah kuat dengan parti itu sehinggakan tidak memberi peluang pada calon PAS untuk bertanding sedangkan negeri lain dibenarkan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya kelmarin ketika ketika diminta mengulas pilihan raya kecil Dun berkenaan.
Beliau yang akan turun ke Tenang bagi membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman seterusnya berkata, Saidina Omar yang terkenal dengan berangnya memusuhi Islam akhirnya menerima Islam dengan kehendak Allah.
“Begitu juga Panglima Perang, Khalid Ibni Walid, juga menerima Islam dengan kehendak Allah, jadi tidak mustahil pengundi Dun Tenang akan melakukan perubahan,” ujarnya.
Kerana itu, sambungnya pengundi diminta mengundi calon Pakatan di Tenang dan meninggalkan Umno.
Sehubungan itu, Tuan Guru turut memaklumkan beliau akan berkempen bagi membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat sebaik sahaja selepas penamaan calon.
Menurutnya, beliau akan membawa kebenaran perjuangan Islam sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran 30 juzuk.
“Saya akan bawa di sana Islam al-Quran 30 juzuk dan gurunya  Rasulullah s.a.w., yang membawa kebenaran itu

10:16 PM

Umno akui kejayaan PAS

KOTA BHARU, 20 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur kerana Tan Sri Isa Samad sedar, DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.

Tuan Guru berkata, walaupun kenyataan Isa berupa sindiran, namun sebenarnya penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap konsep Islam telah berlaku dan membuktikan PAS telah berjaya membawa kebenaran agama itu pada golongan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, yang mendakwa DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.

Isa dengan kenyataan menyindirnya juga berkata, sedangkan ‘kita’ (Umno) yang sudah muslim, kadang kala tidak berapa faham, sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal semalam.

Isa berkata demikian pada satu majlis makan malam 1 Malaysia yang sebahagian besarnya dihadiri oleh kaum Cina.

Kata Tuan Guru lagi, perkembangan itu membuktikan kejayaan PAS sendiri dalam membentuk hubungan setia kawan dengan anggota parti lain.

“Tak semestinya masuk Islam, terima konsep atau dasarnya pun sudah cukup, tapi kalau nak menerima Islam lagi baik. Apa lagi Islam sampai di negara China lebih awal di Tanah Melayu,” ujarnya.

Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata, sekiranya perkataan yang dikeluarkan dari mulut Isa Samad lahir dari hatinya yang tulus iaitu ‘orang muslim tak faham Islam’, memang wajar sekali dengan apa yang berlaku sekarang di mana orang Melayu Islam menerima perjuangan sekular BN.

“Sudah terang lagi bersuluh, kenyataan Tan Sri Isa itu membuktikan orang Melayu hanya beragama Islam pada adat, tetapi tidak tahu untuk menjadi orang muslim yang sebenar,” ujarnya.

Tambahnya, kerana tidak faham itu menyebabkan kecelaruan sering berlaku dalam masyarakat.

Katanya lagi, kerana menyedari umat Islam tidak memahami tanggungjawab mereka sebagai muslim, menyebabkan PAS sentiasa bersedia untuk memberi penerangan kepada mereka.

“Yang jadi masaalahnya Umno ni buat masjid tahu, tetapi untuk menerima penceramah di situ kena tapis, kena pohon kebenaran,” ujarnya.

12:21 AM

Perlu ke pembangkang fitnah Rais?

DATUK Seri  Dr. Rais Yatim yang berdepan dengan satu fitnah besar negara sekarang cuba menangkisnya sebagai satu  angkara jahat pembangkang untuk meruntuhkannya dan sekali gus meruntuhkan Umno.
Memang benar pembangkang memberi reaksi bersungguh terhadap fitnah yang melanda Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu kerana ia adalah satu yang mengaibkan negara.
Baik Dr. Rais di pihak yang benar atau sebaliknya, fitnah yang melandanya itu adalah mengaibkan.
Sebelum fitnah itu diselesaikan, maka pembangkang ada peranan dan tanggungjawab mengikut caranya bagi membantu menyelesaikannya. Sama ada penyelesaiannya nanti gembira untuk Rais dan semua atau sebaliknya bergantung kepada tindakan yang diambil terhadap fitnah itu.
Tetapi tidak banyak yang dapat membantu Dr. Rais meringankan fitnah itu dengan melemparkan ia adalah gara-gara dan angkara pembangkang.
Sekalipun reaksi pembangkang boleh memanaskan fitnah itu tetapi apa keperluan yang pembangkang boleh dapat dengan memfitnahkannya dalam keadaan dia sudah berada di babak hujung hayatnya dalam Umno dan kerajaan.
Gilirannya untuk pergi seperti Samy Vellu mungkin yang tertinggi dalam seranai selepas Samy Vellu itu. Tidak buat apa-apa pun terhadapnya dia adalah ibarat buah ranum yang menunggu gugur. Tidak diusik pun dia tetap gugur. Maka apa perlunya bagi pembangkang menimbulkan fitnah terhadapnya.
Kalau dia gugur dan binasa kerana fitnah itu maka tidak banyak yang menjamin tumbangnya kuasa dan kerajaan yang bertulang belakangkan Umno. Ia boleh memalukan Umno dan Umno memang sudah biasa dengan malu yang begitu.
Kesan memfitnah Rais tidak sebesar memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memfitnah Anwar dulu menyebabkan Barisan Nasional tumbang di Terengganu tahun 1999 dan PAS dalam sejarah menjadi pembangkang terbesar di Parlimen. Selangor dan Pahang buat pertama kali berADUNkan PAS.
Fitnah terbaru terhadap Anwar boleh mengsosongkan calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat jika dia dipenjara lagi.
Tetapi kesan terhadap Rais tidak sebesar itu. Rais boleh binasa tetapi Najib. Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein dan lain-lain yang masih ada potensi dapat meneruskan cengkapam kuku Umno yang sudah tidak berapa tajam itu.
Kalau fitnah itu boleh memberi pulangan besar kepada politik pembangkang, maka bukan Rais yang berada di hujung jalan itu yang perlu digoda. Kalau dia tidak digodapun dia akan pergi. Dia mungkin pergi lebih cepat bila digoda. Bila dia pergi, dia pun habis. Tetapi kuku UMNO belum dipotong habis. Hayatnya bersambung lagi.
Berbeza fitnah itu ditumpukan kepada Muhyiddin, Zahid  Hamidi dan lain-lain. Mereka sedang memanjat tapak yang lebih tinggi dan mereka muda dan masih banyak masa dan tenaga. Mereka juga lebih penting dari Rais yang masa depannya sudah tidak banyak.
Dari membuang masa yang banyak memfitnah Rais, maka lebih menguntungkan kalau memfitnah Muhyiddin dan rakan-rakannya yang lain.
Bahkan memfitnah Datuk Seri Najib tidak begitu diperlukan sangat kerana dia sendiri sudah letih dengan berbagai fitnah yang melandanya. Fitnah tentangnya sudah disekeliling pinggang. Menambah fitnah terhadapnya lebih memberi banyak kesan dari memfitnah Rais.
Kalau Najib boleh binasa dengan beban fitnah yang bertambah, maka binasanya itu boleh memberi keuntungan besar kepada pembangkang. Walau pun Muhyiddin dan Zahid masih ada, tetapi kesannya jauh lebih besar dari membinasakan Rais.
Kalau Najib yang boleh binasa sendiri tidak begitu perlu difitnah lagi, maka keperluan memfitnah Rais tidak mampu memberi keuntungan lebih besar kepada pembangkang.
Tidak begitu perlu pembangkang memfitnah Rais atas suasana yang ada padanya sudah tidak  berpotensi besar kepada BN dan  Umno. Yang perlu memfitnah Rais ialah orang Umno yang begitu lama menunggu untuk menjadi calon BN di Jelebu. Jika dia tidak dikacau, maka dia mungkin menjadi calon lagi di Jelebu. Sampai bila orang Umno lain hendak menunggu.
Pada saya jika fitnah terhadap Rais datang bukan dari dirinya sendiri, tidak begitu besar keperluan itu datang dari pembangkang. Maka melemparkan fitnah itu datang dari luar tidak banyak dapat membantu Rais keluar dari badai yang melandanya.
Dia perlu banyak bersabar kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Sabar itu menyerah diri kepada Allah sambil memenuhi syarat-syaratnya.

11:20 PM

Budak hilang ingatan ditemui merayau

Siti Aishah
CHERAS: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui merayau dalam keadaan lemah dan pakaiannya kotor di sekitar Damai Perdana, Cheras, di sini malam tadi.

Kanak-kanak berkenaan hanya mengingati namanya sebagai Siti Aishah dan bersekolah dalam Tahun Tiga di Sekolah Kebangsaan Sungai Besi Indah, namun tidak dapat mengingati dari mana dia berasal atau keluarganya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob, berkata seorang wanita yang kasihan dengan keadaan kanak-kanak itu membawanya ke Balai Polis Damai Perdana kira-kira jam 9 malam tadi.
“Ketika dia (Siti Aishah) dibawa ke balai, dia berada dalam keadaan lemah, mungkin kerana keletihan berjalan kaki seharian.

“Dia juga tidak dapat mengingat siapa ibu bapa atau keluarganya, malah tidak dapat mengingat di mana tempat tinggalnya, mungkin dia masih dalam keadaan trauma,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Damai Perdana di sini, malam tadi.

Beliau berkata, doktor sudah membuat pemeriksaan awal ke atas Siti Aishah dan mengesahkan dia sihat, namun berada dalam keadaan keletihan.

“Tiada sebarang tanda kecederaan pada tubuh badannya dan ketika kanak-kanak itu ditemui dia hanya memakai baju T berwarna putih, berseluar sukan warna biru dan berselipar.
“Esok (hari ini) kita akan hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya. Buat masa ini kita masih belum menerima sebarang laporan mengenai kehilangan kanak-kanak,” kata Azman.

Azman berkata, waris Siti Aishah atau mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keluarganya diminta untuk menghubungi balai polis berhampiran atau Balai Polis Damai Perdana di talian 03-91056222.

11:15 PM

Mayat bayi dijumpai terapung

JOHOR BAHRU – Dua kanak-kanak Orang Asli yang sedang mandi di Sungai Skudai, terkejut apabila menemui bayi cukup sifat dalam bungkusan beg plastik di sini semalam.

Pada mulanya, mereka menyangka beg plastik berwarna kuning itu berisi barang lusuh dan pakaian, namun terkejut sejurus membukanya kerana mendapati ia berisi mayat bayi.

Tina Paizal dan Mazni John yang masing-masing berusia 9 tahun bergegas pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan dan menceritakan penemuan itu kepada keluarga mereka.

Tina berkata, selepas memaklumkan kepada keluarganya, ibunya bergegas ke sungai berkenaan dan mendapati dalam bungkusan itu adalah mayat bayi.

“Ketika sedang asyik mandi, saya dan rakan melihat satu beg plastik berwarna kuning.

“Pada mulanya kami sangkakan kandungan adalah pakaian, namun setelah membuka, kami terkejut ianya mayat bayi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, pihaknya segera ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada penduduk kampung terbabit.

“Sepasukan anggota polis telah ke lokasi kejadian dan mendapatkan beg plastik terapung-apung dalam sungai bersebelahan dengan Kampung Sungai Bakar Batu.

“Setelah membuka beg plastik itu, polis menemui mayat seorang bayi yang masih bertali pusat di dalamnya,” katanya.

Ruslan berkata, siasatan awal mendapati tiada kecederaan di luaran dan badan bayi berkenaan.

Katanya, mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Kami percaya bayi itu telah dibuang di kawasan berdekatan dan dipercayai dibuang sehari yang lalu (kelmarin),” katanya.

Ruslan berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana men�yembunyikan kelahiran yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline polis 07-2212999 atau datang ke balai polis terdekat.

11:12 PM

USTAZ BELASAH ISTERI

11:05 PM

Nik Aziz cadang dialog bincang judi, arak, zina

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat mencadangkan supaya diadakan majlis pertemuan dan dialog antara agama bagi merumuskan pandangan agama-agama berhubung pelbagai masalah sosial.

Menurutnya, isu meliputi masalah judi, arak dan zina, termasuk pergaulan bebas boleh dianjurkan oleh mana-mana badan bebas.

NONE"Ini bagi memberikan gambaran kepada masyarakat Malaysia bahawa bukan hanya Islam yang mengharamkan ketiga-ketiga perkata tersebut," katanya.

Sebelum ini, katanya, MPSJ telah menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras namun arahan itu telah ditarik balik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nik Aziz juga berkata larangan yang diperkenalkan di Subang Jaya, Selangor itu adalah wajar.

"Di dalam hal ini, secara asasnya saya berpendapat bahawa orang-orang Islam sewajarnya

tidak dibenarkan untuk bekerja di premis-premis sedemikian yang jelas menyediakan


makanan/minuman diharamkan oleh Allah swt," katanya yang juga mursyidul am PAS.

8:27 PM

layarilah

www.agame.com

www.friv.com

www.y3.com

www.y8.com

6:21 PM

lirik lagu INSYAALLAH


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah 2x
Insya Allah we`ll find the way

6:10 PM

ADIK SAYA =MY LITTLE BROTHER


NAMA ADIK SAYA IALAH AHMAD THOREEQ